CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Sunday, June 28, 2009

Sentimental...

Hmnn,

Harini aku ada terbaca blog seseorang ni, aku tak kenal pun siapa dia, tapi apa yang dia post dalam blog dia, memang mengayat hati. Aku rasa, sesiapa pun akan menangis jika baca apa yang dia post.

Most of her post lately, semuanya berkaitan dengan arwah bapa dia yang dah tak ada. Yang baru sahaja meninggalkan dirinya. Jika dibaca, memang kita dapat merasai kejujurannya. Jika kita yang baca pun terasa sedihnya, inikan pula dia yang melaluinya.

Semua orang boleh kata, itu dan ini, tapi bagi menghadapinya, tidaklah semudah yang diperkatakan. Sememangnya, kita patut menghargai apa yang kita miliki pada hari ini. Segala yang kita miliki, tak mungkin akan berkekalan. Itulah lumrah kehidupan.

Kadang kala, sememangnya kita cuba melakukan sebaik mungkin bagi menghargai segalanya. Tapi biasalah manusia, tiada yang sempurna dan sering melalukan kesilapan. Kita tak mampu mengelakkan diri kita dari melakukannya, adakalanya, kita langsung tidak menyedarinya.

Honestly, aku memang cuba untuk hargai segalanya, aku cuba, tapi pada hakikatnya, aku sendiri yang menghancurkan segalanya. Aku cuba menghargai segalanya, tapi aku tak sedar, aku ini bukanlah sesiapa, aku tak mampu melakukan segalanya. Aku sering melakukan kesilapan yang membunuh aku sendiri pada akhirnya.

Aku boleh cakap, aku sayang semua orang yang menyayangi aku, tapi aku tak mampu membuktikannya. Dan aku tahu, sekadar kata kata tidak akan cukup untuk mereka. Kadang kala aku terlalu takut dengan ketidak mampuan diri aku ini hinggakan aku lari dari segalanya.

Walaupun aku lelaki, tapi ada kalanya, air mata aku akan mengalir jika aku kenangkan semuanya. Aku baru 19 tahun, dah banyak perkara yang aku hadapi, dan aku percaya, masih banyak lagi yang bakal aku lalui.

Apa yang aku pasti, suatu hari nanti, akan tiba masanya, akan aku kenang kembali segala galanya yang telah aku lalui. Aku cuba hargai segalanya, agar aku tidak menyesal apabila masa itu tiba nanti. Aku terlalu takutkan gegalan kerana aku takutkan penyesalan itu nanti.

Even sekarang pun aku kian dihantui rasa itu sendiri, inikan pula bila tiba masanya nanti. Aku cuba berusaha, berusaha menghargai segalanya. Apa yang aku harapkan, segalanya berjalan dengan bak dan aku tidak akan menyesal suatu hari nanti.

Semalam hanya tinggal sejarah, memori tentang segala galanya yang telah aku lalui dalam hidup ini, manakala, hari ini pula adalah hadiah, hadiah yang sepatutnya aku hargai dengan sebaik2nya. Dan apa yang bakal aku hadapi esok dan hari2 berikutnya adalah misteri yang tak mampu aku duga, sampai bila2.

Walaupun aku lelaki, tapi aku tak boleh nak tipu, aku masih perlukan sokongan, dorongan dari mereka yang aku harapkan, keluarga, sahabat, kawan2 dan kenalan. Andai aku melakukan kesilapan, berikanlah aku kesedaran, aku bukan manusia sempurna yang mampu melakukan segala galanya.

Aku tak nak mengukir kesedihan dalam hidup aku sendiri, aku cuba hargai segala galanya sebaik mungkin, namun, aku sedar, adakalanya, apa yang aku sangkakan baik, tidaklah sebaik mana. Sebab tu aku perlukan semua orang, agar dapat memberikan petunjuk pada diri ini.

Thanks kepada semua yang sudi menemani aku selama ini, keluarga, sahabat, kawan2 dan kenalan. Walaupun ianya tidaklah sebaik mana, namun aku tetap menghargainya. Thanks for everything...

0 comments: