CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Playlist


Tuesday, June 30, 2009

A moment ago.

Hmnn,
Harini ada seorang kawan myspace aku ni tegur aku, and then borak borak borak sampai dia cerita yang dia tgh sedih sebab baru lepas putus tunang. Well, im really feel sorry for her, but theres nothing i can do other than just being a listener.

Seriously, memang aku kasihan, tapi aku sendiri pun ada masaalah sendiri, aku tak boleh nak dengar sangat semua tu, tapi aku ni tak la kejam sangat. Cuma jd pendengar, bukan perkara susah pun, yang buat susah cuma kepala otak aku ni je, kalau aku fikir susah, memang susah la jadinye.

Mula2 kitorang borak2 biasa je dalam myspace, then die bagi aku no fon die melalui mesej myspace. Aku tahu, dia memang perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati dia, so aku call guna num celcom aku sampai habis kredit, adalah dalam setengah jam. And then aku wat SS lak, sampai SS habis.

Itu je la, sory la, aku xdpt call lame2, takde kredit. Tak ada apa yang aku boleh buat. Cuma berharap she's gonna be fine soon. Datz all.

Sunday, June 28, 2009

Sentimental...

Hmnn,

Harini aku ada terbaca blog seseorang ni, aku tak kenal pun siapa dia, tapi apa yang dia post dalam blog dia, memang mengayat hati. Aku rasa, sesiapa pun akan menangis jika baca apa yang dia post.

Most of her post lately, semuanya berkaitan dengan arwah bapa dia yang dah tak ada. Yang baru sahaja meninggalkan dirinya. Jika dibaca, memang kita dapat merasai kejujurannya. Jika kita yang baca pun terasa sedihnya, inikan pula dia yang melaluinya.

Semua orang boleh kata, itu dan ini, tapi bagi menghadapinya, tidaklah semudah yang diperkatakan. Sememangnya, kita patut menghargai apa yang kita miliki pada hari ini. Segala yang kita miliki, tak mungkin akan berkekalan. Itulah lumrah kehidupan.

Kadang kala, sememangnya kita cuba melakukan sebaik mungkin bagi menghargai segalanya. Tapi biasalah manusia, tiada yang sempurna dan sering melalukan kesilapan. Kita tak mampu mengelakkan diri kita dari melakukannya, adakalanya, kita langsung tidak menyedarinya.

Honestly, aku memang cuba untuk hargai segalanya, aku cuba, tapi pada hakikatnya, aku sendiri yang menghancurkan segalanya. Aku cuba menghargai segalanya, tapi aku tak sedar, aku ini bukanlah sesiapa, aku tak mampu melakukan segalanya. Aku sering melakukan kesilapan yang membunuh aku sendiri pada akhirnya.

Aku boleh cakap, aku sayang semua orang yang menyayangi aku, tapi aku tak mampu membuktikannya. Dan aku tahu, sekadar kata kata tidak akan cukup untuk mereka. Kadang kala aku terlalu takut dengan ketidak mampuan diri aku ini hinggakan aku lari dari segalanya.

Walaupun aku lelaki, tapi ada kalanya, air mata aku akan mengalir jika aku kenangkan semuanya. Aku baru 19 tahun, dah banyak perkara yang aku hadapi, dan aku percaya, masih banyak lagi yang bakal aku lalui.

Apa yang aku pasti, suatu hari nanti, akan tiba masanya, akan aku kenang kembali segala galanya yang telah aku lalui. Aku cuba hargai segalanya, agar aku tidak menyesal apabila masa itu tiba nanti. Aku terlalu takutkan gegalan kerana aku takutkan penyesalan itu nanti.

Even sekarang pun aku kian dihantui rasa itu sendiri, inikan pula bila tiba masanya nanti. Aku cuba berusaha, berusaha menghargai segalanya. Apa yang aku harapkan, segalanya berjalan dengan bak dan aku tidak akan menyesal suatu hari nanti.

Semalam hanya tinggal sejarah, memori tentang segala galanya yang telah aku lalui dalam hidup ini, manakala, hari ini pula adalah hadiah, hadiah yang sepatutnya aku hargai dengan sebaik2nya. Dan apa yang bakal aku hadapi esok dan hari2 berikutnya adalah misteri yang tak mampu aku duga, sampai bila2.

Walaupun aku lelaki, tapi aku tak boleh nak tipu, aku masih perlukan sokongan, dorongan dari mereka yang aku harapkan, keluarga, sahabat, kawan2 dan kenalan. Andai aku melakukan kesilapan, berikanlah aku kesedaran, aku bukan manusia sempurna yang mampu melakukan segala galanya.

Aku tak nak mengukir kesedihan dalam hidup aku sendiri, aku cuba hargai segala galanya sebaik mungkin, namun, aku sedar, adakalanya, apa yang aku sangkakan baik, tidaklah sebaik mana. Sebab tu aku perlukan semua orang, agar dapat memberikan petunjuk pada diri ini.

Thanks kepada semua yang sudi menemani aku selama ini, keluarga, sahabat, kawan2 dan kenalan. Walaupun ianya tidaklah sebaik mana, namun aku tetap menghargainya. Thanks for everything...

Saturday, June 27, 2009

Untitled.

Hmnn,
OK, this is there reason why, i ask those question on the previous post. Sebenarnye, aku kabur dalam beberapa perkara, dan diantaranya ada kaitan dengan soalan2 yang aku tanya tu.

Soalan yang pertama tu, aku tanya, apakah 5 perkara yang dianggap penting dalam hidup korang. Sebenanya aku tanya sebab aku tak pasti, apakah perkara yang sepatutnya aku anggap penting dalam hidup ni. Bagi aku, 5 perkara yang paling penting sekarang ialah hidup aku, keluarga, agama, kawan dan masa depan.

Sememangnya keluarga, agama kawan dan masa depan tu terletak dalam hidup aku, tapi perkara2 tu memang penting. Hidup aku penting kerana itulah apa yang aku lalui sehingga tiba masanya nanti. Manakala keluarga aku pulak merupakan pendorang utama bg aku melalui liku2 hidup ini.

Agama pulak, sebab ianya ialah tunggak utama dalam hidup ini, korang sendiri pun tahu kenapa. And then, kawan2, sebab, tak kiralah walau sepandai mana pun kita untuk hidup berdikari dalam hidup ni, tapi ianya takkan bermakna tanpa ditemani rakan2. Semuanya akan menjadi kosong.

Masa depan pulak, sebab hanya itu yang aku ada, aku bukan dari keluarga kaya raya, yang mak bapak akan berikan segalanya. Aku perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang aku mahu, keluarga aku hanya mampu mendorang dari belakang, tetapi hanya aku yang mampu berusaha untuk menentukan segalanya. Apa yang aku ada, cuma peluang untuk meraih segala impian aku, dan aku akan cuba gunakan sebaik2nya.

Soalan kedua, aku tanya sebab, aku nak lihat, macam mana cara orang lain berusaha, mungkin boleh aku jadikan sebagai contoh, walau bagaimanapun, tak ramai yang jawab pertanyaan aku ni, so, aku tak dapat apa pun yang aku inginkan dari soalan2 yang aku tanya tu. Soalan ketiga pun sama, aku cuma nak lihat, bagaimana orang lain berusaha bagi mengekalkan apa yang mereka perolehi.

Soalan keempat tu, aku tanya bagi menyukuhkan lagi jawapan korang untuk soalan kelima selain mempermudahkan untuk aku memahami apa yang korang cuba sampaikan. Aku yakin, setiap orang, mesti pernah menghadapi kegagalan, dan cabaran bagi menghadapi segala kegagalan tu sememangnya bergantung kepada diri sendiri. Memang orang lain boleh kata itu dan ini, tapi bagi melakukannya, tidaklah semudah kata2.

Overall, aku tak dapat apa pun, tak tahu kenapa, tapi setiap orang mst ada jawapan tersendiri kan. Tak akan ada perkara yang mudah dalam hidup ini kan. Datz all =)

Friday, June 26, 2009

Dedicated to all my 18 years old fren.

Hmnn,

Dari apa yang aku tahu, sekarang ni ramai member2 aku yg ambil SPM tahun 2008 akan mula melanjutkan pelajaran dalam masa beberapa hari je lagi. Tak banyak yang aku nak kata, cuma selamat maju jaya di tempat baru. Takde cuti2 panjang lagi dah, dah abes. Harap2 korang semua puas la ye dengan cuti panjang korang tu.

Aku nak sebut nama satu2, ramai la pulak, kalau tetinggal karang, ade pulak la yang kecik hati. Jadi biarlah aku ucapkan secara umum je. Kalau tak silap aku, yang dapat UiTM kene daftar 27 Jun ni(besok beb, tak lame mane pun, tak sampai pun 24 jam). So, gunekan lah mase yang ada ni sebaik2nya. Then yang dapat politeknik pulak, 7 Julai ni, pun dah tak lama jugak. So, bersiap sedia la.

Ahaha, Standard la, sedia maklum, akan ada minggu suai kenal, kalau yang UiTM tu takpe lagi minggu suai kenal dorang, cuma bosan je la. Tapi bagi yang dapat politeknik ni, memang lain macam sikit bende2 merepek yang dorang buat(kalo kat tempat aku la). Nanti korang kene bangun awal sume tu. Plus beberapa aktiviti bosan lagi.

Masa aku dulu, aku daftar 2 hari lambat dari tarikh pendaftaran, so, aku kene hadapi munggu suai kenal tu 3 hari je la. Ada jugak member2 aku yang tunggu minggu suai kenal tu abes baru nak datang poli, kalau tak tu, lepas dafrar je, straight balik rumah, malas nak hadapi seksaan atau pun kebosanan minggu suai kenal tu, tepulang pada orang la kan.

OK la, aku pun malas nak merepek yang bukan2 lagi, pada yang ambil KPTM, harini la kot hari pendaftaran dorang, bagi lain2 yang aku tak tahu tu, lantak jelah kan, da tak tau nak buat macam mana. Apa2 pun, wish u gud luck and all the best. IPT, bukan macam sekolah beb. Yang ni memang betul2 masa depan korang, dah dapat peluang sambung belajar tu, gunakanlah sebaik2nye, ramai lagi orang kat luar sana tu yang tak dapat peluang. That's all. Chaiyok bebeh!

No Boundaries by Kris Allen





Wednesday, June 24, 2009

Ben.

Hmnn,

semalam aku ada call Ben, tapi die tak jawab. Tapi tadi, tiba2 lak die msg dan miss call, kata semalam dia da tido dan suruh aku call dia kejap. Letih sgt la tu sampai tido awal kot.

Lama la jugak aku call dia, dekat setengah jam, aku call sampai kredit aku abes. Banyak jugak la yang kitorang borakkan. And he do, never forget about "US". Dia memang tak lupa pun, bukan aku je, tapi semua.

Dia ada jugak tanya pasal dorang(Fa, Mimie, Dianza, Qilot, Akmal dan Eyda). Dia memang tak lupa. Cuma terlalu bz, yela, dia bukannya study maen2 sekarang, tp ijazah. Memang biase sibuk sampai tak tido punye.

Aku ada bagitahu dia, haritu ada orang minta num baru dia. Yela, no baru dia tu aku sorang je yang tahu. Then dia tanya aku bagi ke tak dekat orang tu, pastu aku kata la, aku tak bagi, kena tanya dia dulu. Dia kata, bagi je la. Ahaha, so, nanti aku bagi la dekat orang tu. ;)

Aku ada gak tanya dia, dia dekat mana sekarang. Ahaha, bagi korang yang kenal dia, mesti tahu apa jawapan dia kan, "Nanti". Ahaha, yela, nanti pun nanti la. Yang dulu2 punye nanti pun aku still tunggu lagi tau tak. Dia kata maybe minggu ni dia balik, kalau semuanya OK. Nanti leh la borak banyak sket. :p

Tuesday, June 23, 2009

Untitled.

Hmnn...

Tak banyak yang aku nak tulis harini, kepala aku sakit semacam je ni.

Pasal soalan2 yang aku tanye tu, takyah ler jawab.

Datz all.

Few Questions In my mind.

Hmnnn...

aku tahu, walaupun blog aku ni tak seberapa, tapi masih ada yang sudi mengikuti.
Thanks a lot.

Tapi sekarang, aku ada beberapa soalan yang nak ditanyakan pada sesiapa yang terbaca post aku kali ni.

OK, ill make it short. Aku harap ada yang sudi beri respon pada post aku kali ni.

1st, 5 perkara yang korang rasa sangat penting dalam hidup korang ?

2nd, macam mana korang berusaha untuk dapatkan perkara2 tersebut?

3rd, andai kata korang dah memiliki 5 perkara tu, apa yang akan korang lakukan untuk menjamin segalanya terus berkekalan?

4th, korang pernah kehilangan dan gagal dalam apa yang korang usahakan?

5th, apa yang korang lakukan bg menghadapi kegagalan korang?

6th, apa pendapat korang dgn apa yang telah aku post sebelum ni?
(yg ni jawab ler kalo korang rase nak jawab)

Itu je yang aku nak tanya, aku harap ada yang sudi beri respond. Soalan keenam tu aku tanya sebab ada orang pernah kata, most of my post were just blaming others.